• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Berjaya Corp dibenar buka kilang pasang kenderaan

October 21, 2010 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

BERJAYA Corporation Bhd memperoleh lesen daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjalankan operasi kilang pemasang kenderaan komersial, kereta hibrid, kereta elektrik dan kenderaan penumpang mewah di Malaysia.

Kilang berkenaan akan dibangunkan di tapak seluas 40 hektar di Bukit Tagar, Selangor.

Pengerusi dan Ketua Eksekutifnya, Tan Sri Vincent Tan berkata, pemberian lesen itu memberi peluang kepada Berjaya Corporation untuk memasang kenderaan komersial dan penumpang di dalam negara.

Ini, katanya, memberikan syarikat itu lebih fleksibiliti dan keupayaan mengawal dari segi kualiti dan harga kenderaannya.

“Selain secara strategik akan melengkap dan memperluaskan rangkaian jenama kenderaan kami yang sedia ada, ia juga adalah satu peluang baik untuk mempromosikan teknologi hijau menerusi pembangunan kenderaan hibrid dan elektrik yang lebih mesra alam,” katanya.

Beliau juga berkata Kumpulan itu berharap untuk memperluaskan penguasaannya dalam pasaran kenderaan dan meningkatkan lagi kehadiran di peringkat global.

Berjaya Corp menerusi syarikat 51 peratus miliknya, Changan Berjaya Auto Sdn Bhd diberikan lesen oleh Chang’an Automobile Co Ltd dari China untuk memasang dan mengedarkan kenderaan jenama Chana di Malaysia.
Menerusi Berjaya Brilliance Auto Sdn Bhd pula, kumpulan itu telah dilantik sebagai pemasang dan pengedar kenderaan komersil jenama ERA Jinbei keluaran Shenyang Brilliance Jinbei Automobile Co Ltd.

Komen aku: Perlu ke sebenarnya kerajaan untuk membeli lesen baru kepada Berjaya sedangkan Brilliance adalah dalam kategori yang sama dengan Proton. Ini akan mengecilkan lagi pasaran Proton dan sukar untuk Proton berkembang kerana kekurangan perolehan berbanding Jinbei yang nyata sudah lebih besar dari Proton. Ape komen anda? (gambar di bawah beberapa model Brilliance dari Jinbei)

Email, RSS Follow

Share this:

  • Facebook
  • X
Share this on WhatsApp

Filed Under: Jinbei Tagged With: Berjaya, Brilliance, Chana Era, Jinbei

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025 September 20, 2025
  • Proton Persona Capai 1 Juta Kilometer, Pemilik Berasa Bangga Bersama ‘Sahabat’ September 18, 2025
  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023

Carian

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in