News

BMW 5 Siri, Hyundai Sonata YF Catat Pengiktirafan Tertinggi Ujian Kemalangan Piawaian Baru Amerika

October 6, 2010

BMW AG, pengeluar model BMW 5 Siri dan Hyundai Motor Co, pengeluar model Sonata YF, mendapat pengiktirafan tertinggi dalam ujian kemalangan dengan piawaian baru di Amerika Syarikat. Ia adalah tertinggi daripada beberapa kereta dan trak yang diuji dibawah sistem pengiktirafan baru ini.

Piawaian baru ini menambah ujian hentaman untuk pemandu wanita buat pertama kali dan ujian kali ini disertai oleh 34 model secara keseluruhan. Menurut NHTSA, wanita mempunyai tubuh lebih kecil dan kesan kemalangan dan hentaman pasti berlainan jika dibanding dengan lelaki.

BMW 5 Siri dan Sonata sahaja yang mencatat markah 5 bintang secara keseluruhan. Kedua-duanya mencatat markah 5 bintang untuk ujian hentaman sisi dan gulingan, 4 bintang untuk hentaman hadapan.

Nissan Versa mendapat pengiktirafan terendah iaitu pada kadar 4 bintang untuk golekan dan 3 bintang untuk hentaman hadapan dan 2untuk hentaman sisi.

Komen aku: ujian kemalangan dan hentaman di negara maju sangat penting dan menjadi penanda aras kepada tanggungjawab kerajaan untuk ‘memaksa’ pengeluar membuat kereta yang selamat untuk rakyat mereka dan bukan hanya sekadar keuntungan semata.

Sayang sekali di Malaysia masih belum ada undang-undang mengenai keselamatan kepada pengeluar menyebabkan pengeluar mengorbankan keselamatan pembeli kenderaan mereka demi keuntungan maksimum.

Cadangan aku supaya kerajaan buat peraturan yang kereta sekurangnya ada ABS dan beg udara dan mesti melepasi sekurang2nya ujian kemalangan tahap 4.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!