Bugatti, anak syarikat pengeluar kereta terbesar Eropah iaitu Volkswagen AG, telah melancarkan model Veyron Grand Sport di India pada harga USD3.6 juta atau RM10juta terima kasih kerana cukai 110% yang dikenakan kerajaan India.
Syarikat itu akan mula menghantar supercar tersebut yang boleh mencecah kelajuan 407kmh dalam enam hingga lapan bulan dari tarikh ianya ditempah. Walaubagaimanapun, Bugatti tidak memberikan unjuran jualan untuk model ini di sana.