Chevrolet

Chevrolet Aveo Baru Terima Revolusi Rekaan

October 7, 2010

Chverolet Aveo, sebuah kereta ‘one box’ car dari pengeluar Amerika ini telah masuk ke generasi ke-2. Generasi pertama kereta ini saya anggap mirip dengan Honda Jazz. Rekaan dalamannya juga baik sehingga pemandu dan penumpang akan merasa ‘lebih luas’ dari sepatutnya.

Kini generasi kedua Aveo telah dilancarkan pada Pameran Motor Paris. Jika dilihat pada gambar Aveo, kereta ini telah mendapat ‘revolusi’ rekaan untuk luaran mahupun dalaman. Ia adalah hasil pembangunan Chevrolet sendiri dan bukan salinan model Daewoo seperti generasi pertamanya.

Dari segi luaran, Aveo baru menampilkan lampu depan ‘smoked’ dan lebih lebar. Sekali lihat macam Mitsubishi ASX pun ada namun rekaan sebegini memperlihatkan kereta ini lebih yakin dan stabil.

Rekaan kali ini juga agak mengejutkan kerana kehilangan pembuka pintu untuk pintu belakang kerana rekaan yang diubah pada tiang ‘C’ seperti model Alfa Romeo. Rekaan begini adalah unik namun saya pasti banyak yang tidak menyukainya.

Rekaan dalamannya pula menyerupai rekaan bahasa atau ‘design language’ rekaan dalaman model Cruze. Panel meter memaparkan meter kelajuan digital untuk lebih rasa futuristik.

Kereta ini bakal dipacu oleh enjin 1.4 dan 1.6liter dengan pilihan kotak gear automatik 6 kelajuan dan gear manual 5 atau 6 kelajuan.

Komen aku: Rekaan luaran dan dalaman Chevrolet masih belum dapat menandingi kelancaran rekaan pengeluar-pengeluar Jepun. Ini kerana, rekaan depan dan belakang masih tidak ‘proportionate’ atau tidak seimbang. Masih lagi belum dapat mencabar Honda Jazz. Apa komen anda?

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!