Chevrolet

Chevrolet Volt 2011 Dilancarkan

October 11, 2010

Chevrolet, anak syarikat kepada pengeluar kereta bermasalah Amerika iaitu General Motors (GM) telah melancarkan kereta elektrik dengan ‘range extender’ mereka iaitu model Volt. Dengan pelancaran ini, Volt telah membawa kepada satu segmen baru kepada kereta elektrik yang ada di pasaran dunia pada masa ini.

“Chevrolet Volt ini boleh dijadikan hanya satu-satunya kereta yang anda perlu miliki” kata Mark Reuss, Presiden GM Amerika Utara. “Volt memberikan segalanya dari sistem, rekaan styling, ciri keselamatan terbaik, pemanduan yang dinamiik dan fungsi mesra pengguna.

Kereta ini mempunyai bateri lithium ion yang boleh menggerakkan motor dalam lingkungan jarak 25 hingga 50 batu bergantung pada permukaan jalan dan sebuah enjin ‘range extender’ 1.4liter yang mampu membawa kereta ini sejauh 310km sebelum dicas semula pada isian tangki penuh. Ini yang membezakan Volt dengan kereta elektrik sepenuhnya kerana kereta elektrik tidak dapat digunakan semasa dicas tetapi Volt masih boleh digunakan.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!