Ford Malaysia telah melancarkan secara rasmi model Fiesta di negara kita. Model segmen B ini diimport dari kilang Ford di Thailand didatangkan dalam 3 varian dan enjin iaitu 1.4LX manual pada harga RMRM69,888, 1.6LX pada RM78,888 sedan dan 1.6 Versi Sport pada RM82,888. Harganya dikategorikan amat kompetitif dengan barisan aksesori yang ditawarkan dan amat jauh lebih murah jika dibandingkan dengan Jazz keluaran Honda di Indonesia.
Warna menarik juga ditawarkan iaitu Cool White, Mica Black dan Metropolitan Grey yang boleh didapati pada semua model. Ekslusif untuk model manual pula mendapat fourth shade, True Red,dan versi sedan pula mendapat Phantom Blue, Sparking Gold dan Highlight Silver untuk melengkapkan 6 warna pilihan.
Versi sport juga mendapat warna ekslusif iaitu Chili Orange dan Aurora Blue memberikan 8 warna pilihan keseluruhan. Menurut Sime Darby auto connexion, sejumlah 500 unit telahpun ditempah. Untuk keterangan lanjut sila layari www.ford.net.my