Geely

Geely CK1 Peroleh Markah Sifar Pada Ujian Hentaman Latin

October 31, 2010

Program Penilaian Kereta Baru atau NCAP adalah adalah satu badan yang menilai aspek keselamatan untuk pengguna pada sesuatu model kereta baru. Ketika ini terdapat hanya 6 NCAP di dunia iaitu US, Eropah, Japan, Korea, China dan Australia.

Yang terbaru untuk NCAP ini ialah Latin NCAP, iaitu satu badan yang menilai kereta baru di Amerika Latin dan kepulauan Caribbean.
Kereta pertama yang mereka uji ialah jenama Geely CK1 dan mereka telah kecewa dengan keputusan yang diperoleh untuk model ini. Model ini telah mendapat markah sifar atau dengan kata lain jika kereta ini melanggar pokok ataupun tembok, anda kena berdoa untuk elak kematian. Lihat keputusan penuh [di sini]

Baru-baru ini Geely telah membeli pengeluar kereta Sweden iaitu Volvo yang terkenal dengan tahap keselamatan terbaiknya dan diharap Geely dapat belajar untuk mengeluarkan kereta yang lebih selamat.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!