Honda, News

Honda Panggil Balik 528,000 Unit Odyssey dan Acura RL di US Kerana Masalah Brek

October 23, 2010

Honda Motor, pengeluar kereta nombor dua di Jepun telah mengumumkan untuk memanggil semula 528,000 unit kereta di US. Sebahagian besarnya adalah model Odyssey yang dibuat pada tahun 2005 hingga 2007 dan sedikit model Acura RL kerana masalah brek seal yang boleh bocor.

Isu ini adalah sama dengan Toyota yang terpaksa memanggil balik 1.5juta unit keretanya kerana masalah yang sama. Ini kerana syarikat yang sama iaitu ADVICS CO, sebuah syarikat Jepun yang mempunyai kilang di US membekalkan komponen yang sama kepada Honda dan Toyota. Kemungkinan besar Honda Odyssey di Malaysia tidak terlibat kerana ianya adalah dibuat di Jepun.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!