Volkswagen

Ingress Bakal Dapat Kontrak Bekal Komponen Persona Replacement 2012

October 19, 2010

Ingress  Bhd, sebuah syarikat pembekal komponen automotif terkenal telah diberikan surat hasrat untuk membekalkan komponen kepada model baru Proton dipercayai Persona Replacement yang sekarang sedang dibangunkan Proton bersama firma rekaan Itali iaitu Guigiaro.

Menurut perjanjian itu, Ingress bakal membekalkan komponen tersebut bermula suku keempat 2012 iaitu bermula nya proses pengeluaran besar-besaran model baru tersebut sehingga tamat life cylce nya iaitu 5 tahun.

Komponen tersebut adalah komponen acuan plastik kemungkinan  roof drip mouldings (getah yang menutup cantuman bumbung dengan panel sisi) dan komponen besi iaitu ‘sash’ pintu (frame pintu).

Mengenai rekabentuk Persona R pula, ianya pasti menarik kerana direka oleh firma rekaan terkenal iaitu Guigiaro yang juga terlibat dalam rekaan kereta-kereta Volkswagen dan pengeluar terkenal yang lain termasuklah model terbaru Volkwasgen iaitu Scirocco.

Tidak lama lagi kita bakal menyaksikan Spy Shots Persona Replacement ini dan kita harap ianya bakal menjadi model global yang dapat mengangkat imej Proton di pasaran antarabangsa.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!