Latest

Jumlah Jualan Kereta Di Malaysia Untuk Bulan Ogos

Data di bawah menunjukkan statistik jualan kereta di dalam negara untuk bulan Ogos 2010. Data dikeluarkan oleh pihak MAA. Kita lihat Perodua Myvi masih lagi mendahului carta jualan diikuti oleh satu lagi model Perodua iaitu Viva. Proton juga mencatatkan keputusan memberangsangkan dengan peningkatan jualan untuk model Persona dan mengekalkan prestasi untuk model popular Saga begitu juga MPV Exora.

Statistik Jumlah Jualan Kenderaan Nasional Dalam Bulan Ogos 2010

1.Perodua Myvi – 7,433 unit
2.Perodua Viva – 6,533 unit
3.Proton Saga – 5,924 unit
4.Proton Persona – 4,461 unit
5.Perodua Alza – 3,210 unit
6.Proton Exora – 2,866 unit
7.Proton Waja – 499 unit
8.Proton Satria Neo – 481 unit
9.Proton Gen2 – 208 unit
10.Proton Savvy – 46 unit

Untuk jenama bukan nasional pula, Toyota Vios masih mengekalkan kedudukan teratas dengan jualan yang melebihi 3000unit diikuti oleh Honda City. Kedua-dua model ini amat popular di Malaysia mungkin kerana faktor gaya dan penjimatan minyaknya.

Statistik Jumlah Jualan Kenderaan Bukan Nasional Dalam Bulan Ogos 2010

1.Toyota Vios – 3,192 unit
2.Honda City – 1,901 unit
3.Toyota Hilux – 1,480 unit
4.Nissan Grand Livina – 1,193 unit
5.Honda Civic – 1,016 unit
6.Toyota Avanza – 924 unit
7.Toyota Camry – 901 unit
8.Mitsubishi Triton – 786 unit
9.Honda Accord – 728 unit
10.Honda CR-V – 580 unit
Sumber : Persatuan Automotif Malaysia (MAA)

Related Posts with Thumbnails

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
Scroll To Top