Lotus

Lotus Evora S dan IPS 2011 Guna Kotak Gear Automatik, Tambah Fungsi Paddle Shifter

October 7, 2010

Lotus memperkenalkan varian terbaru model Evora dengan Evora S dan IPS. Evora S akan mempunyai 345 kuasa kuda, iaitu 69 lebih dari model standardnya. Model ini juga adalah hanya 2 tempat duduk berbanding 2+2 pada model standardnya. Kereta ini juga menggunakan kotak gear automatik 6 kelajuan dengan IPS (Intelligent Precision Shift).

Evora ini telah melalui pelbagaian talaan seperti ekzos dan suspensi untuk lebih kuasa. Ia juga mempunyai butang untuk mengawal tindakbalas ‘throttle’ dan juga ‘bypass’ ekzos untuk lebih kuasa. Ia juga akan menambah enjin ‘rev limit’ daripada standard.

IPS atau ‘intelligent Precision Shift’ adalah kotak gear 6 kelajuan dengan kawalan paddle shift control yang dibangunkan oleh Lotus sendiri. IPS ini akan membolehkan pemandu menukar 3 mode kawalan iaitu manual paddle shift, sport paddle shift atau fully automatic.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!