Australia dikategorikan sebagai sebuah benua lebih dari sebuah negara mempunyai pasaran kereta yang agak besar. Namun malang sekali apabila pengeluar-pengeluar utama kereta hanya menumpukan Eropah dan Amerika Utara sahaja untuk melancarkan model edisi khas mereka.
Menyedari ini, Mercedes telah mengorak langkah dengan melancarkan model edisi khas mereka di pasaran Australia iaitu C63 dan SLS AMG.
C63 bakal mempunyai kuasa kuda sebanyak 480hp dengan dilengkapi pelbagai komponen prestasi tinggi termasuk rim 19 inci, kemasan kulit dalaman dan warna orange edisi terhad. Sementara untuk model SLS, ianya bakal dikeluarkan dengan warna ‘Matte’.