Mitsubishi

Mitsubishi Lancer Evolution X MR

October 15, 2010

Mitsubishi Motor Corporation, pengeluar kereta lagenda rali Lancer Evolution, telah memperkenalkan model facelift untuk Lancer Evolution X iaitu Lancer Evolution X MR. Seperti Lancer terdahulu, versi MR mula diperkenalkan pada Evolution VIII.

Dengan rekaan berinspirasi rali, kelengkapan elektronik dan unit turbocharger, Evo X ini tidak dinafikan sebagai salah satu kereta berprestasi  tinggi antara yang terbaik.

Edisi MR ini bakal mempunyai banyak kelengkapan elektronik termasuk Super All Wheel Control (S-AWC) dan teknologi kotak gear terkini Mitsubishi iaitu Twin Clutch Sportronic 6 Kelajuan (TC-SST). Model manual 5 kelajuan juga ditawarkan.

Rekaan luarannya juga tidak banyak perubahan cuma spoiler besar diganti dengan spoiler kecil disepanjang garisan trunk lid. Mungkin edisi MR kali ini mahu menambah kelengkapan elektronik sahaja.

Rekaan dalamannya walaubagaimanapun tidak mempunyai perubahan dengan versi automatik menawarkan paddle shifter pasangan column steering. Tambahan lagi, paparan pelbagai fungsi meter digital termasuk paparan untuk sistem S-AWC kereta ini.

Komen aku: Seperti yang kita maklum, Proton bakal melancarkan model Inspira iaitu model rebadge Lancer. Pasti ramai yang akan menukar ‘wajah’ Inspira mereka kepada Lancer Evo X. Apa pun perubahan yang dilakukan pastikan jaminan pengeluar tidak terkeluar syarat justeru menamatkan perjanjian jaminan serta merta.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!