Mitsubishi

Mitsubishi Lancer Sportback Dilancarkan

October 21, 2010

Mitsubishi Motors Malaysia telah melancarkan Mitsubishi Lancer versi Sportback pada harga jualan RM129,363.80 atas jalan dengan insuran. Ianya dipacu oleh enjin 4 silinder bersesaran 2.4liter menjana kuasa sebanyak 170ps pada 6000rpm dan daya kilas sebanyak 226Nm pada 4100rpm. Ianya didatang dengan 3 warna pilihan iaitu Ligthning Blue, White Solid dan Black Mica.

Menurut Mitsubishi, selain dari rekabentuk menarik dan kuasa enjin yang ditawarkan pada harga yang terendah dalam kelas 2.4liter, ia juga menawarkan pemanduan yang selesa dengan ruang dalaman yang cukup luas.

Ruang kaki juga amat luas dengan jarak antara kerusi hadapan dan belakang yang besar serta ruang lantai yang hampir rata menambahkan lagi ruang penumpang belakang. Ini mungkin berbeza dengan Lancer versi sedan yang mempunyai tulang tengah pada lantai belakang justeru agak sedikit menyempitkan ruang belakang.

Instrumen panel atau dashboardnya masih mengekalkan rekaan Lancer sedan namun ia ditambah dengan ciri pengesan hujan untuk mengaktifkan wiper, skrin pelbagai paparan pada konsol tengah digabung dengan sistem audio dan meter LCD yang mempunyai warna yang menarik dan kemasan chrome yang lebih mewah. Untuk keterangan lanjut sila layari www.mitsubishi.com.my



You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!