Subaru

Motor Image Lancar Subaru Legacy di Malaysia

October 23, 2010

Pengedar rasmi kereta jenama Subaru di Malaysia iaitu Motor Image telah melancarkan secara rasmi model Subaru Legacy 2010 di negara kita. Model ini didatangkan dengan 2 versi iaitu sedan dan station wagon. Model ini diimport sepenuhnya secara CBU dari Jepun.

Model ini dipacu oleh enjin Boxer 2.5 liter, yang menjana kuasa kuda maksimum sebanyak 261hp dan daya kilas maksimum 350Nm, dipadankan dengan transmisi automatik elektronik 5 kelajuan. Model Legacy terbaru itu dilengkapi pacuan 4 road (AWD) dengan dibantu sistem VTD (Variable Torque Distribution All-Wheel Drive).

Ianya juga diengkapi dengan Subaru-Intelligent Drive (SI-Drive) membolehkan pemandu menukar pilihan pemanduan dengan tiga jenis corak pemanduan iaitu Intelligent, Sport dan Sport Sharp. Legacy baru ini masih mengekalkan kredibiliti kenderaan Subaru dengan menawarkan pengendalian dan kestabilan pemanduan pada tahap terbaik.

Kereta telah memenangi pelbagai anugerah tahap tertinggi di seluruh dunia antaranya seperti gambar di bawah ini.

Harga yang ditawarkan pada model Legacy 2.5GT Sedan ialah RM277,619.20 (dengan insuran) manakala model wagon pula pada harga RM287,879.20 (dengan insuran). Untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.motorimage.net/MY/home/

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!