New Model, Proton

Rasmi! Proton Waja Lancer Dinamakan INSPIRA, Harga Bermula RM79K

October 12, 2010

Sumber dari blog funtastickodesign telah menjumpai flyers Proton Waja Lancer. Pada flyers itu tertera nama Waja Lancer ini iaitu Proton INSPIRA. Dengan ini benarlah khabar angin sebelum ini yang mengatakan Waja Lancer ini akan dinamakan Inspira. Ok gak namanya.

Mengenai spesifikasi dan tawaran yang tertera pada flyer itu pula, bumper depan yang direka semula dengan bentuk ‘V’ berbanding ‘A’ yang ada pada Lancer, kawalan pembuka trunk lid pada kunci, paddle shifter (mungkin untuk 2.0l, jika 1.8l pun ada pasti menarik!), steering audio control, automatic air cond dan taraf keselamatan 5 bintang terima kasih kepada teknologi RISE Mitsubishi.

Lebih menarik lagi, kereta ini akan didatangkan dengan 2 tahun servis percuma termasuk kos buruh dan alat ganti.Harganya pula bermula dari RM79k dan ini bakal mencorakkan lagi trend penetapan harga untuk kereta kelas 1.8liter ke atas. Pengeluar lain juga bakal menyemak balik harga-harga kereta mereka sekurangnya untuk bersaing dengan Inspira jika tidak mahu kehilangan bahagian pasaran.
Khabar angin mengatakan kereta ini akan dilancarkan pada 14hb Oktober so sama-samalah kita tunggu debaran dan sambutannya.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!