Subaru

Subaru Legacy 2010: Rekaan ‘Bercampur’

October 10, 2010

Subaru Legacy, sebuah kereta segment B keluaran Fuji Heavy Industries, telah mendapat model baru yang dilancarkan pada tahun ini. Rekaan model baru ini agak bercampur-campur dengan adunan lengkuk dan garis petak. Lampu hadapannya agak sedikit tinggi menyebabkan rekaan hadapan dan belakang tidak seimbang. Namun, ia masih kelihatan menarik dan mengujakan.

Ia juga boleh dikatakan menerima ‘revolusi’ rekaan baru jika dibandingkang dengan model sebelum ini (lihat gambar dibawah) dan menjadi lebih besar dari pelbagai sudut.

Rekaan dalamannya pula kemas, praktikal dan mudah. Panel kemasan silver untuk konsol tengah, head unit dan instrumen panel menambah lagi ciri-ciri mewah dalaman Legacy baru ini.

Legacy menggunakan enjin 2.5liter turbocharged dengan intercooler yang menjana 265hp, enjin yang mempunyai asas yang sama dengan model Impreza WRX. Ia mempunyai daya kilas sebanyak 258ib.ft, kereta ini boleh memecut dari 0 hingga 60bsj dalam masa dibawah 6 saat. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear manual 6 kelajuan atau ‘chain’ CVT yang pertama di dunia.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!