• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Syarikat Eropah dan Jepun Risik Proton

October 3, 2010 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow


PENGERUSI Proton, Datuk Seri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh (kiri) dan Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir mencuba tempat duduk pemanduan Lotus Elite pada Paris Motor Show di Paris, Sabtu lalu. – BERNAMA

PARIS 2 Okt. – Beberapa syarikat pengeluar kereta global berpusat di Eropah menyatakan minat untuk menjalinkan kerjasama dengan Proton dalam pembangunan kereta konsep Proton Emas di segi enjin dan platform.

Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd. Tahir berkata, antaranya syarikat Fiat S.p.A dari Itali dan sebuah syarikat konglomerat automotif Jepun.

“Syarikat-syarikat automotif global berminat untuk sama-sama membangunkan Proton Emas untuk dijual di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.

“Kita menetapkan perbincangan dengan syarikat-syarikat tersebut akan dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini,” katanya kepada wartawan Malaysia di Pameran Motor Paris, di sini semalam.

Proton Emas atau ‘Eco Mobility Advance Solution’ adalah kereta konsep hibrid yang dijangka berada di pasaran menjelang 2012, pertama kali dipamerkan kepada umum pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva pada Mac lalu.

Syed Zainal berkata, perbincangan tersebut meliputi aspek pembangunan enjin petrol dan platform serta kemungkinan Proton Emas juga dikeluarkan oleh syarikat lain.

“Trend masa ini adalah mengeluarkan kereta bersaiz kecil dan kita ada Proton Emas. Jadi kita cari enjin yang mesra alam sekitar. Kita tidak perlu membina teknologi baru jika syarikat global tersebut sudah memilikinya dan bersedia bekerjasama dengan Proton,” ujarnya.

Ditanya tahap perbincangan yang sedang berjalan itu, beliau berkata, ia sudah di peringkat yang ‘mendalam’.

“Saya sudah ada pilihan. Bagi saya dalam sesuatu perbincangan, apa yang sangat penting adalah syarikat luar yang mahu bekerjasama dengan kita mestilah menunjukkan minat, mesra dalam menjalin kerjasama dan mampu mencetuskan suasana ‘menang-menang’,” katanya.

Menurutnya, penyertaan Proton dalam Pameran Motor Paris 2010 menerusi Lotus, memberi banyak manfaat termasuk mengetengahkan keupayaan Proton dalam mengurus dan mengembalikan Lotus kembali bersaing dalam segmen kereta berprestasi tinggi dengan pelancaran lima model terbarunya yang akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun.

“Menerusi pembabitan kita dalam pameran seumpamanya, kita juga berpeluang berinteraksi dengan pengeluar kereta lain. Beberapa peneraju kereta global mengunjungi ruang pameran Lotus dan menyatakan kekaguman mereka.

“Apa sahaja persepsi terhadap Lotus, turut memberi kesan positif kepada Proton selaku pemiliknya. Rakyat Malaysia patut berbangga, apatah lagi ia membuka ruang untuk perbincangan mengenai peluang mengeksport kereta-kereta Proton,” ujarnya.

Katanya, ia sekali gus menaikkan prestij Proton di persada automotif dunia yang sememangnya memiliki kelebihan pasaran di ASEAN dan kapasiti pengeluaran di Malaysia untuk menghasilkan kereta dalam jumlah yang banyak pada kos rendah.

“Selain itu, kerajaan Malaysia sendiri menyediakan persekitaran pelaburan yang mesra pelabur dan menggalakkan inovasi. Ini menjadi tarikan kepada syarikat kereta global yang berusaha bersaing dengan kereta yang dikeluarkan di China,” katanya.

Proton kata Syed Zainal, telah melantik empat tenaga pakar Lotus termasuk ketua pereka bentuknya, Donato Coco sebagai anggota panel penasihat untuk syarikat itu.

“Ini yang dimaksudkan sebagai input Lotus kepada Proton sebagai pemiliknya. Mereka akan dibawa ke kilang Proton di Malaysia untuk memahami transformasi yang dilaksanakan ke atas Proton dan mengenali jiwa syarikat kereta nasional itu,” katanya. – MINGGUAN

Komen aku: Satu perkembangan yang positif untuk Proton. Syarikat Jepun itu mungkin juga Mitsubishi. Peugeot dan Mitsubishi sedang giat menjalankan kolaborasi produk terutamanya model SUV dan kereta elektrik mungkin bakal menyalin model EMAS ini untuk lebih skala ekonomi. Diharapkan berita ini bakal menjadi kenyataan dan seterusnya menaikkan nama Proton sebaris dengan pengeluar yang lain.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Facebook
  • X
Share this on WhatsApp

Filed Under: Uncategorized

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025 September 20, 2025
  • Proton Persona Capai 1 Juta Kilometer, Pemilik Berasa Bangga Bersama ‘Sahabat’ September 18, 2025
  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023

Carian

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in