News, Toyota

Toyota Akan Keluarkan Prius di Thailand Kerana Peningkatan Nilai Yen

October 23, 2010

Toyota Motor Corporation, pengeluar kereta terbesar di dunia akan mula mengeluarkan model Prius di Thailand sekaligus mencatat sejarah baru untuk syarikat itu dengan mengeluarkan model teknologi tinggi pertama di luar Jepun.

Ini adalah kerana faktor peningkatan nilai matawang yen sebanyak 15% menyebabkan harga kereta itu menjadi mahal jika diimport dari Jepun.

Kita di Malaysia sudahpun sedia maklum bahawa cukai import dan duti eksais telah dimansuhkan dalam bajet 2011 jadi walaupun kereta ini diimport dari Jepun ianya tidaklah berbeza sangat dari segi harga. Cuma jika ianya dibuat di Thailand, diharap Toyota dapat mengurangkan lagi harga model ini kerana kos logistic sudah berkurang berbanding jika diimport dari Jepun.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!