Honda, Spy Shots

Video Honda Civic 2011-2012 Sedang Diuji Di Dubai

October 10, 2010

Honda Civic 2011-2012, pengganti model generasi kelapan yang akan genap berusia 5 tahun pada 2011, telah ditemui sedang diuji di Dubai. Honda yang begitu berahsia mengenai model Civic ini kerana ianya adalah model globalnya dan bersaing dengan model Corolla dari seteru utama mereka iaitu Toyota.

Daripada Video ini kita dapat lihat rekaan lampu hadapanya yang agak tirus dan kecil walaupun masih lebar dan lampu belakangnya juga kecil dan tidak lebar. Bentuk sisinya masih ada elemen rekaan model sekarang dan sedikit menyerupai Honda City terutamanya pada bahagian ‘quater panel’ dan ‘quarter glass’. ‘Cockpit’nya juga masih mengekalkan konsep kapal angkasa star trek dengan konsep panel instrumen bertingkat.

Keseluruhannya ia tidaklah menerima perubahaan rekaan yang dramatik seperti berlaku pada model kelapan. Apa komen anda?

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!