Nissan

Gambar Spy Model Gantian Nissan Latio (Tiida/Versa)

November 11, 2010

Nissan Tiida merupakan salah satu varian dari keluarga Latio. Di pasaran Jepun, Tiida merupakan varian sedan untuk model Latio dan dipanggil Latio Tiida. Nissan Latio agak lewat menerima model gantian dan akhirnya gambar model gantian yang ditunggu-tunggu telahpun beredar di dunia siber.

Merujuk gambar, Nissan Latio baru bakal mempunyai lampu depan ala-ala model kereta sport Nissan iaitu model Fairlady Z dengan lampu projektor. Model sebelum ini hanya menggunakan lampu reflektor. Gril depan masih lagi mengekalkan ciri-ciri model sebelum ini.

Meneruskan kesinambungan model sebelumnya adalah ciri-ciri pengeluar automotif Jepun dan Nissan juga tidak terkecuali dengan model Latio. Gambar di atas menunjukkan Latio versi hatch atau Latio Sport seperti yang ada di pasaran sekarang.

Jika mengikut polisi Nissan akhir-akhir ini, semua model Nissan bakal menggunakan kotak gear Xtronic CVT dan enjin berteknologi VTC yang menjimatkan minyak. Berbaloikah menunggu model ini dilancarkan di negara kita atau pilihan sedia ada sekarang lebih baik?

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!