Kia

Gambar Spyshots KIA Rio 2011

November 25, 2010

Sumber di internet telah menjumpai generasi baru model KIA Rio hatchback sedang diuji di suatu tempat di Eropah. Tidak banyak aspek styling yang dapat kita perhatikan kerana ia diselindung oleh cover yang banyak namun masih kelihatan menarik dan mantap.

Di Eropah, sememangnya mereka menyukai model hatchback berbanding sedan dan oleh sebab itu banyak syarikat pengeluar kereta membuat versi hatchback untuk pasaran Eropah. Kia Rio ini juga direka di studio rekaan mereka yang berpangkalan di Eropah. Model ini berkongsi platform dengan model Soul, iX20 dan juga Rio sedan.

Model ini dijangka menggunakan 3 varian enjin petrol iaitu enjin 1.2liter, 1.4liter, 1.6liter GDi dipadankan dengan kotak gear manual dan automatik 6 kelajuan. Hanya satu varian enjin diesel ditawarkan iaitu 1.4liter CRDi dengan kotak gear manual 5 kelajuan.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!