Honda

Harga Baru Honda Civic Hybrid RM108,980.00

November 1, 2010

Honda Malaysia telah mengumumkan harga baru model Civic hibrid selepas pengumuman bajet 2011 iaitu pada harga RM108,980, RM21,000 lebih murah dari harga sebelum ini.

Ini menjadikan model Civic paling murah di negara kita di mana model yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini mengatasi harga model 1.8s yang dipasang di negara kita pada harga RM114,980. Bagaimanapun harga civic ini lebih RM1000 di Sabah Sarawak dan 10% lebih murah lagi di Langkawi dan Labuan.

Namun begitu walaupun harganya amat berpatutan orang ramai masih lagi skeptikal dengan kos penyelenggaran model hibrid. Ini memerlukan usaha keras pihak pengeluar untuk membuat promosi menarik untuk model hibrid.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!