Honda

Honda Akhiri Jualan Civic Di Jepun

November 16, 2010

Honda Motor Corp, pengeluar kereta nombor 2 di Jepun akan menamatkan jualan model Civic sejurus stok sedia ada berjaya dihabiskan. Ini kerana permintaan untuk model sedan terlalu lemah dan disebabkan permintaan yang tinggi untuk model MPV dan kompak.

Honda pada awalnya ingin mengekalkan model Civic Hibird untuk pasaran tempatan namun menukar rancangan dengan menyahkan terus model Civic dari pasaran Jepun. Jumlah jualan Civic di Jepun pada bulan Oktober hanya berjumlah 182 unit untuk model standard dan 270 unit untuk model hibrid.

Bagaimanapun model Civic mempunyai pasaran yang baik di luar Jepun dan akan kekal sebagai model sedan utama Honda. Walaupun model Civic tidak akan lagi dijual di pasaran Jepun, Honda akan tetap mengeluarkan model ini di Kilang Suzuka untuk pasaran eksport.

Mengenai model baru Civic, ianya akan dilancarkan tidak lama lagi. Beberapa gambar spy shot dan video mengenai model baru ini telah tersebar secara meluas di Internet dan nampak seperti hanya perubahan minima dari segi evolusi rekaan luaran dan dalaman pada model baru tersebut. Lihat video model baru Civic ditemui di Dubai.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!