News

Honda CR-Z Menang Japan Car Of The Year 2010-2011 (JCOTY)

November 17, 2010

Honda CR-Z telah memenangi anugerah paling berprestiji di dunia automotif Jepun iaitu Japan Car Of The Year untuk tahun 2010-2011. Anugerah yang diberikan setiap tahun untuk kereta-kereta baru yang dijual di pasaran Jepun setelah melepasi peringkat pencalonan. Honda CR-Z dipilih kerana teknologi hibrid yang menjimatkan minyak, pemanduan berdimensi tinggi dan rekaan yang menarik.

Sementara itu bagi kategori import pula, model Polo keluaran Volkswagen AG menang anugerah kereta terbaik. Kualiti bahagian luaran dan dalaman yang tinggi juga tahap pemanduan yang baik telah memperbaharui imej kereta kompak. Enjin 1.2liter walaupun ianya bersesaran kecil namun kuasanya tidak berkurang dan mempunyai penjimatan minyak yang cukup hebat.

Sumber: JCOTY

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!