Honda

Honda Odyssey 2010 Pasaran Jepun

November 4, 2010

Honda Odyssey 2010 generasi keempat, sebuah model MPV kelas besar dari Honda, telah dilancarkan di Jepun. Model baru kali ini mengekalkan gaya rekaan bahasa model generasi ketiga dengan tambahan lengkuk pada rekaan luar. (lihat gambar di bawah untuk model generasi ketiga).

Rekaan Odyssey baru ini juga amat menarik serta dianggap rekaan beberapa tahun terkedepan untuk memenuhi citarasa golongan muda Jepun dan keluarga rakyat Jepun yang dinamik.

Rekaan dalamannya juga amat menarik dengan meneruskan gaya rekaan bahasa panel instrument dua aras. Rekaan sebegini nampak terkedepan dan dirasakan seperti berada dalam kapal angkasa star trek. Tuil gear pasangan panel instrumen juga menambahkan ergonomik dan mesra pengguna disamping paddle shifter pasangan roda stereng terbukti lebih mudah dikendali berbanding pasangan stereng column.

Model ini dipacu oleh enjin 2.4L DOHC i-VTEC enjin yang menjana kuasa 206ps dan tork maksimum sebanyak 232Nm menggunakan sistem pemanduan menggunakan wayar atau Drive By Wire. Penggunaan minyak juga menjimatkan untuk MPV sebesar ini iaitu sekitar 500km/tangki penuh namun ianya amat bergantung kepada kaki kanan anda.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!