• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Kereta hibrid Proton dijangka bawah RM100,000

November 2, 2010 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow

PETALING JAYA: Proton Holdings Bhd meninjau untuk menawarkan kereta hibrid pertamanya pada harga kompetitif di bawah RM100,000, kata Penasihatnya Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Dijangka dilancarkan secara komersial tahun depan, Proton dikatakan membangunkan enjin hibrid serta enjin elektrik dengan syarikat British Frazer-Nash Research, LG dari Korea Selatan dan anak syarikatnya yang berpangkalan di Britain Lotus.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pembangunan kereta hibrid adalah sebahagian daripada inisiatif Proton untuk beralih kepada teknologi hijau.

“Kami kini menghentikan reka bentuk dan dalam proses menambah baik prestasi kereta. Kami akan membuat pengumuman tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan kereta edisi ulang tahun ke-25 Proton kepada sembilan pembeli pertama di sini.

“Harga kereta hibrid akan tinggi sedikit berbanding kereta biasa kerana bateri amat mahal. Bagi pengeluar kereta terkenal, kereta hibrid, akan tiga kali lebih tinggi daripada kereta biasa. Kereta kita, saya rasa di bawah RM100,000,” katanya.

Beliau berkata Proton akan menampilkan tiga kereta hibridnya untuk penyertaan perlumbaan di Britain pada 6 November ini. Sementara itu, Pengarah Urusan Proton Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, syarikat akan menguji kira-kira 50 kenderaan hibrid untuk kegunaan kerajaan sebelum pelancaran pengeluaran secara besar-besaran. Sebelum itu beliau berkata syarikat mengeluarkan Exora versi hibrid di Britain bagi tujuan ujian dan penyelidikan. – Bernama

Email, RSS Follow

Share this:

  • Facebook
  • X
Share this on WhatsApp

Filed Under: Proton

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025 September 20, 2025
  • Proton Persona Capai 1 Juta Kilometer, Pemilik Berasa Bangga Bersama ‘Sahabat’ September 18, 2025
  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023

Carian

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in