Lotus

LA 2010: Lotus Pamer Exige Edisi SC RGB

November 22, 2010

Lotus Plc, anak syarikat Proton Holdings telah melancarkan model Exige edisi SC RGB sebagai tanda peringatan kepada bekas jurutera mereka iaitu Roger Becker selepas menjadi pemain utama belakang tabir kepada antara kereta yang paling berjaya ini. Beliau telah berkhidmat selama 44 tahun dengan Lotus. Pengasas Lotus, Colin Chapman telah mengangkat beliau dari lantai pengeluaran ke bahagian kejuruteraan dan telah menunjukkan kelebihan beliau di bidang kejuruteraan. Beliau adalah orang di belakang pembangunan dua lagi model iaitu model Elise dan Esprit dan masterpiece beliau yang terakhir ialah kereta pemenang pelbagai anugerah utama iaitu Evora.
Sila teruskan bacaan untuk lebih info dan galeri gambar.

Kereta ini mempunyai tandatangan beliau dan dipacu oleh enjin 1.8liter Toyota yang diambil dari model SC260 berkuasa 257hp dan dijual pada harga USD70,000. Belum ada berita samada Lotus Malaysia bakal membawa model ini atau tidak ke Malaysia.

Mungkin Proton juga boleh mengeluarkan edisi Dato Syed Zainal kerana kejayaan beliau mengembalikan kejayaan Proton setelah hampir kehilangan penguasaan dalam pasaran tempatan. Persona Model DSZ edition bukan mustahil.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!