Recall news

NHTSA Lakukan Siasatan Ke Atas Model CRV Lama, Kia Optima

November 30, 2010

Pertubuhan Keselamatan Pengangkutan Lebuhraya Kebangsaan (NHTSA) dilapor telah menjalankan siasatan ke atas model Honda CRV tahun 2006 dan Kia Optima 2007 atas beberapa aduan. Pemilik CRV mengadu kereta mereka terbakar kerana wayar pintas pada pintu sebelah pemandu. Suis power window tiba-tiba menjadi panas dan dikatakan penyebab utama kebakaran tersebut.

Sementara itu pengguna Kia Optima pula membuat aduan mengenai kegagalan kabel pertukaran gear menyebabkan ketiadaan gear dan dalam satu kes, sebuah kereta dilaporkan berguling apabila gear tiba-tiba hilang. Belum dipastikan samada model tersebut di Malaysia terbabit atau tidak. Untuk info lebihlanjut sila hubungi pengedar sah berdekatan anda.

Sumber: Detroit News

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!