Nissan

Nissan Bersiap Lancar Model Teana

November 22, 2010

Nissan Malaysia melalui pengedar dan pemasang keretanya Edaran Tan Chong Motor sedang bersiap sedia untuk melancarkan model Teana, model yang bersaing dengan Toyota Camry dan Honda Accord. Nissan Teana mengejutkan pemerhati automotif apabila data jualan kereta di negara China untuk bulan September menunjukkan Teana mendahului Camry dan Accord dari segi jumlah jualan.

Walaupun belum diketahui tarikh pelancarannya, ETCM telahpun giat mempromosikan model Teana seperti membuat fan page di Facebook (gambar atas). Sila teruskan bacaan untuk lebih info dan gambar spy shot Nissan Teana di PLUS Highway.

Ahad lepas sewaktu perjalanan pulang dari Kuala Lumpur, saya telah menemui sebuah Nissan Teana bernombor pendaftaran sementara tanpa apa-apa selindung. Mungkin dealer Nissan mengambil sendiri kereta untuk show roomnya dan jika dilihat, banyak dealer sudahpun memasang kanopi menunjukkan tarikh pelancarannya sudah begitu dekat. (Gambar spy shot hanya bahagian belakang sahaja kerana Teana dipandu terlalu laju). Model ini akan dipasang di kilang ETCM di Rawang dan akan mempunyai 2 varian iaitu 2.0liter dan 2.5liter V6.

Sama-samalah kita menanti kemunculan model yang berjaya mengalahkan Accord dan Camry di pasaran China ini apakah ianya mempunyai harga yang kompetitif lagi mempunyai spesifikasi yang menarik dan berbaloi.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!