Nissan

Nissan Malaysia Lancar Model Teana

November 24, 2010

Edaran Tan Chong Motor telah secara rasmi melancarkan model Teana di pasaran Malaysia. Model kelas D ini di pasang di Kilang ETCM di Serendah. Sebanyak 3 varian enjin ditawarkan iaitu 2.0liter, 2.5liter V6 dan 3.5liter V6. Model 3.5liter akan didatangkan secara CBU dari Jepun. Sila ke website Nissan Malaysia untuk keterangan lebih lanjut.

Model-model Nissan di Malaysia mempunyai rekabentuk dan ergonomik yang menarik namun harga berbanding spesifikasi yang ditawarkan agak sedikit mahal. Model entri Nissan iaitu Grand Livina dan Latio masih lagi menggunakan kotak gear automatik 4 kelajuan. Kita harap dengan polisi global baru Nissan, model ‘mampu’ milik seperti Latio dan Grand Livina akan menggunakan kotak gear XTRONIC CVT untuk lebih keselesaan pemanduan pada kelajuan tinggi dan penjimatan minyak.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!