Peugeot

Peugeot 207 1.6L Dilancarkan. Harga RM72,888

November 4, 2010

Nasim Sdn Bhd, telah melancarkan model sedan terbaru mereka iaitu Peugeot 207 pada tag harga RM72,888 atas Jalan. Perasmian pelancarannya telah dihadiri oleh bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir di Putrajaya.

Kereta yang berkapasiti 1.6liter dengan kuasa 110hp dan 147Nm tork pada 4000rpm ini dipadankan dengan kotak gear automatik 4 kelajuan dengan sistem tiptronic. Seperti yang dijangka, ini bukanlah enjin 1.6L dari keluarga Prince seperti yang ada pada model 308, tetapi ianya mendapat penambahbaikan dari model Bestari dan mampu mencecah kelajuan 180km/j disamping menawarkan penjimatan Petrol pada 6.1/L setiap 100kilometer.

Dari segi kelengkapan aksesori pula, model 207 ini dilengkapi penyaman udara automatik, lampu headlight dan wiper automatik, pemain MP3 dengan fungsi bluetooth, masukan USB dan AUX, stereng salutan kulit dan panel instrument rekaan mewah yang agak berbaloi pada harga yang ditawarkan.

Model ini juga bakal dieksport ke pasaran ASEAN di mana Peugeot bercadang untuk menjadikan Malaysia sebagai hub model pemanduan sebelah kanan. Adakah model ini bakal menyaingi kelas B yang lain seperti model keluaran pengeluar Jepun iaitu Vios atau City? Untuk keterangan lanjut layari www.peugeot.com.my.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!