• Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Admin
  • Pengiklanan
  • Contact
sembang-auto.com

sembang-auto.com

Peneraju informasi automotif Malaysia

Proton Dalam Proses Ambil Alih 25% Saham Renault F1

November 16, 2010 by admin Leave a Comment

Share this on WhatsApp
Email, RSS Follow


PROTON Holdings Bhd (PROTON) dijangka memuktamadkan pembelian 25 peratus kepentingan ekuiti dalam pasukan Formula Satu (F1), Renault F1 Team yang dimiliki pengeluar kenderaan Perancis, Renault SA, minggu ini.

Sumber industri berkata, jika urus niaga itu menjadi kenyataan, pasukan itu akan dijenamakan semula sebagai Lotus-Renault bermula sesi perlumbaan musim baru tahun depan.
“Urus niaga akan melakarkan sejarah baru khususnya bagi pengeluar kereta nasional itu dalam industri permotoran antarabangsa selepas menguasai pengeluar kereta sport Britain, Group Lotus Plc pada 1994,” katanya.
PROTON juga, jelas beliau, bakal muncul sebagai pemegang saham kedua terbesar Renault F1 Team selepas Genii Capital SA, firma pelaburan persendirian Luxembourg, yang memiliki 75 peratus pegangan ekuiti.

Katanya, selain memiliki kelebihan untuk bersaing secara individu tanpa bergantung kepada mana-mana syarikat lain dalam sesi perlumbaan F1 mulai tahun depan, PROTON turut memperoleh akses luas kepada pembangunan teknologi enjin F1.

“Justeru, dengan akses luas itu, ia dijangka menghasilkan satu pemindahan teknologi enjin yang besar kepada PROTON bagi pembangunan produknya untuk pasaran domestik dan antarabangsa pada masa depan, sekali gus mengukuhkan lagi jenama PROTON di persada industri automotif antarabangsa,” katanya.

Pengerusi PROTON, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh ketika dihubungi di Kuala Lumpur semalam, enggan menolak atau mengesahkan perkara itu.
Sebaliknya, beliau menegaskan, pihaknya masih berunding dengan Renault berhubung satu urus niaga membabitkan perniagaan Formula F1.

Kelmarin, media Perancis yang berpangkalan di Paris, Le Figaro melaporkan pengeluar kereta negara itu, Renault bersetuju melupuskan baki 25 peratus pegangannya dalam Renault F1 Team kepada PROTON.

Kedua-dua pihak juga, dilaporkan sudah bersetuju memuktamadkan kontrak pembelian itu secara rasmi Rabu ini di Perancis.

“Selepas muktamadnya pembelian itu, Group Lotus muncul sebagai penaja utama dalam kumpulan perlumbaan baru itu dan ia akan membabitkan urus niaga berjumlah 30 juta euro (RM127 juta) setahun bagi tempoh lima tahun.

“Renault, bagaimanapun akan kekal sebagai pembekal enjin utama kepada kumpulan perlumbaan baru itu selain meneruskan peranan pembekal enjin kepada dua lagi pasukan F1, iaitu Red Bull dan Lotus Racing tahun depan,” katanya dalam laporan itu.

Email, RSS Follow

Share this:

  • Facebook
  • X
Share this on WhatsApp

Filed Under: Proton, Uncategorized Tagged With: Proton ambil alih renault f1

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
CAPTCHA Image
Refresh Image
*

Primary Sidebar

Iklan

Like Kami Di Facebook

Hantaran Terkini

  • 5 Model Teratas Pasaran Kereta Di Jepun Untuk Separuh Pertama Tahun 2025 September 20, 2025
  • Proton Persona Capai 1 Juta Kilometer, Pemilik Berasa Bangga Bersama ‘Sahabat’ September 18, 2025
  • 8 Tabiat Pemandu Jepun Yang Boleh Kita Ikuti March 10, 2024
  • Nombor Siri Alphard Vellfire AGH30/35 Berkemungkinan Mengalami Masalah Gearbox December 12, 2023
  • Toyota Bakal Keluarkan Kereta Elektrik Dengan Had Jarak Lebih 1000km, Dijual Pada 2027 September 17, 2023
  • Proton X90 Terbakar: Pemilik Perlu Periksa Di Pusat Servis September 16, 2023
  • Enjin Vellfire Siri 20 Bunyi Bising: Mekanik Buat Ujikaji Buang Balance Shaft September 16, 2023
  • Brosur Vellfire Siri 40 Baharu Bocor Sebelum Pelancaran June 15, 2023
  • Lagi Gambar Alphard Dan Vellfire 2023 Bocor Sebelum Pelancaran June 11, 2023
  • Gambar Toyota Alphard Dan Vellfire Siri 40 Bocor Sebelum Pelancaran Rasmi May 30, 2023

Carian

Copyright © 2026 · Magazine Pro on Genesis Framework · WordPress · Log in