Proton

Proton Exora Dinobat Model Range Extender Terbaik Pada Perlumbaan RAC Future Car Challenge

November 8, 2010

Proton Exora mengejutkan ramai jurnalis dan peminat di perlumbaan Future Car Challenge UK di mana ia merangkul model terbaik untuk kategori Range Extender EV yang diadakan di London pada minggu lepas. Ia mengalahkan Chverolet Volt atau Vauxhall Ampera yang juga dalam kelas Range Extender. Proton Exora hanya menggunakan 2.2 liter Petrol untuk perjalanan selama 4 jam! Ia mungkin dibantu bateri yang dipasang dan menunjukkan bagaimana prinsip Range Extender bekerja.

Sebanyak lebih 60 kenderaan mengambil bahagian dalam perlumbaan ini dimana beberapa kategori dipertandingkan seperti kategori range extender, mild hibird (Jazz), Full hibird (Prius), Elektrik EV (Leaf) dan juga enjin pembakaran dalaman yang menghasilkan emisi dibawah 110g. Mana-mana model yang mencatat penggunaan petrol paling rendah akan dinobatkan sebagai juara.

Tahniah kepada Proton yang kini mendominasi tajuk utama dengan kejayaan berterusan di peringkat antarabangsa samada dalam sukan rali dan perlumbaan pertunjukkan teknologi seperti ini. Model Exora hibrid ini dijangka dikeluarkan secara besar-besaran pada tahun 2012. 50 unit sedang dalam peringkat ujian dan digunakan oleh jabatan-jabatan kerajaan sebagai salah satu peringkat ujian.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!