Sumber dari internet telah menjumpai Proton Exora Hibrid di lokasi Putrajaya. Sebelum ini berita mengatakan Proton akan memperuntukkan 50 unit Exora hibrid untuk di uji oleh jabatan-jabatan kerajaan dan mungkin ini salah satu dari Exora tersebut. Selepas ini mungkin kita akan dapat lagi menyaksikan lebih Exora hibrid ini di kawasan Putrajaya dan sekitarnya.