Proton

Proton Inspira Dari Bilik Pameran

November 10, 2010

Semalam sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, sempat saya singgah sebentar di bilik pameran Proton untuk lihat lebih dekat lagi model Proton Inspira. Hajat di hati ingin untuk melihat varian 2.0liter namun kebanyakan dealer hanya mempunyai varian 1.8L CVT sahaja.

Pertama kali masuk ke dalam kereta tersebut terasa seperti solid dan tegap. Inilah kereta Proton terbaik yang pernah di hasilkan oleh Proton dengan kualiti pemasangan parts dalaman yang teliti. Stereng berbalut kulit memberikan rasa mewah dan solid. Kedudukan tempat duduk yang tinggi juga membuatkan pemanduan dalam Inspira seperti sedang duduk di sofa.

Tempat duduk belakang agak sedikit lembut. Inspira juga seperti Lancer mempunyai tulang pada lantai belakang yang menyempitkan sedikit ruang penumpang belakang. Mungkin sebab model Lancer Evo menggunakan pacuan 4 roda jadi Mitsubishi terpaksa membuat lantai sebegitu rupa.

Secara teknikalnya untuk kereta berharga RM91k 2.0l, Inspira adalah yang paling berbaloi dari Forte, Cruze, Civic dan Sylphy namun Altis baru yang menggunakan transmisi CVTi berada sedikit terkedepan sepadan dengan harga yang ditawarkan.

Jika dibanding dengan model-model Proton terdahulu, banyak yang perlu dipelajari lagi oleh Proton dari pengeluar-pengeluar kereta Jepun seperti Mitsubishi yang mana model-model kereta mereka mempunyai ergonomik, NVH dan pemasangan yang kemas disamping style design yang menarik. Diharap dengan model Inspira ini akan memberi satu impak kepada model Proton seterusnya.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!