Proton

Proton Saga Facelift Dilancar Di Thai Auto Expo

November 30, 2010

Proton Saga facelift telah pun dilancarkan di Thai Auto Expo hari ini. Seperti yang kita semua telah ketahui akan rekabentuk Saga facelift melalui spyshots sebelum ini, facelift kali ini boleh dikatakan major di mana terdapat perubahan bentuk pada lampu hadapan, bumper hadapan, cermin sisi dengan lampu signal, lampu belakang LED dan bumper belakang rekaan baru. Jika dilihat trend facelift kini, kebiasaannya mereka jarang untuk mengubah rekaan lampu kerana kos acuannya agak besar. Teruskan bacaan untuk lebih info dan gambar Proton Saga facelift.

Walaubagaimanapun untuk kes Proton Saga, dengan jualan melebihi 5ribu unit sebulan yang konsisten, memang tepat untuk Proton mengambil keputusan membuat acuan baru untuk facelift baru kali ini kerana modal yang dibelanjakan atau ROI akan mendapat pulangan dalam masa yang singkat.

Dengan lampu yang lebar, pandangan hadapan Saga nampak lebar secara keseluruhannya. Cermin pandang sisi dengan lampu turn signal dan Gril korporatnya juga menambah lagi ciri mewah Proton Saga facelift ini.

Rekaan lampu belakang pula menjadi sedikit kecil namun dengan penampilan lampu LED, Proton Saga nampak lebih moden dan menarik. Hujung ekzos pula mendapat kemasan chrome untuk kelihatan lebih mewah dan cantik.

Dari segi interior, tidak ada perubahan drastik kelihatan namun stereng Saga facelift ini mempunyai butang kawalan radio/CD dan suara seperti terdapat pada model Satria Neo. Airbag untuk penumpang hadapan juga ditambah daripada hanya bahagian pemandu sahaja untuk model prafacelift.

Facelift kali ini juga menampilkan 4 power window di mana sebelum ini hanya mempunyai 2 power window sahaja untuk penumpang dan pemandu di hadapan. Di belakang masih menggunakan fungsi manual.

Head unit Saga facelift ini masih lagi jenis 1 DIN namun ianya mendapat fungsi MP3 dengan USB.

Sejak saya memerhatikan industri permotoran Malaysia terutamanya pengeluar kereta nasional iaitu Proton, pada pendapat saya model Saga adalah model yang terbaik dalam kelasnya tersendiri kerana beberapa ciri yang selalu hilang dalam kereta keluaran Proton pasca model Waja iaitu ergonomik dan ruang dalaman yang luas. Model Gen2 dan Persona mempunyai ruangan dalam yang sempit dan jika kerusi hadapan dikebelangkan, ruang kaki penumpang belakang sangat kecil. Namun tidak pada model Saga. Kedudukan kerusi dan dashboard yang tinggi disamping ruang yang luas memberikan keadaan pemanduan yang selesa baik untuk pemandu mahupun penumpang.

Namun beberapa ciri yang dianggap ‘separuh masak’ seperti 2 power window, rekaan tuil gear yang tidak menarik, tiada airbag berkembar bukanlah satu strategi yang baik untuk pemasaran model ini. Dalam pasaran kereta, design dilihat memainkan peranan penting. Rekaan dalaman boleh ditingkatkan lagi seperti menggunakan ciri tuil gear berciri gated untuk semua model dan 4 power window sebagai standard. Facelift kali ini juga nampak tidak seimbang kerana walaupun mahu kelihatan lebih dinamik, percampuran antara garis lengkuk dengan segiempat dominan nampak tidak serasi. Namun usaha yang baik dari Proton harus dibanggakan. (gambar dari paultan.org)

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!