Perodua, Spy Shots

Spyshot Terbaru Dan Terkini Perodua Myvi Baru 2011

November 29, 2010

Seperti yang kita ketahui, Perodua sedang membangunkan model gantian Myvi yang akan dilancarkan pada tahun hadapan. Model yang berasaskan model Toyota Passo dan Boon ini masih lagi model terlaris di pasaran Malaysia. Menurut sumber blog saluran07.blogspot.com, spyshot Myvi terbaru telah dijumpai di Lebuhraya Mahameru.

Daripada spyshot kali ini kita nampak jelas akan rekaan Myvi terbaru ini dengan perbezaan ketara pada pintu belakang yang mempunyai lengkuk berbanding model sekarang yang rata. Lampu belakang telah direka semula. Lampu turn signal dan undur nampak lebih menyerlah. Fender hadapan juga kelihatan lebar berbanding model sekarang dan side profilenya jelas masih mengekalkan rekaan Passo atau Boon.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!