Suzuki

Suzuki Swift 2011 3 Pintu Sasar Peminat Mini Cooper

November 11, 2010

Sumber di internet telah menjumpai Suzuki Swift model 2011 3 pintu. Menurut sumber, Suzuki berharap dapat menarik perhatian pembeli yang ingin membeli Mini Cooper, Citroen DS3 ataupun Renault Clio RS. Suzuki Swift ini dijumpai lengkap dengan bodykit disatu tempat yang tidak diketahui.

Model ini akan dipacu enjin 1.6liter Suzuki seperti model sebelum ini namun angin telah bertiup kencang di mana rakan strategik Suzuki, Volkswagen AG akan memberi enjin 1.4L TSi mereka untuk model 2 pintu ini sebagai varian tertinggi. Ini agak menarik dan mungkinkah kita bakal merasa enjin terbaik dunia dari Volkswagen itu pada harga Swift Sport Coupe?

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!