News

Suzuki Swift, Volkswagen Polo Menang RJC Japan Car of The Year

November 18, 2010

Persatuan Penyelidik dan Jurnalis Automotif Jepun (RJC) telah menamakan Suzuki Swift baru untuk kategori domestik dan Volkswagen Polo untuk kategori import sebagai Japan Car of The Year untuk tahun 2011. Secara amnya, dua anugerah diadakan setiap tahun iaitu Japan Car of The Year (JCOTY) dan Research & Journalist Conferences (RJC) Car of The Year untuk menilai model-model baru di pasaran Jepun.

Untuk kategori import pula, RJC pada tahun ini dimenangi oleh Volkswagen Polo dan dengan ini model Polo merangkul 2 anugerah utama iaitu Japan Car of The Year dan RJC Car of The Year. Sekarang kita mungkin dapat merasakan memang begitu istimewa model Polo ini dan ianya juga dijual secara rasmi oleh Volkswagen Malaysia.

Mengenai RJC memilih Suzuki Swift sebagai pemenang kategori tempatan, ianya dilihat berlawanan dengan kriteria JCOTY apabila JCOTY memilih Honda CR-Z sebagai Car of The Year kerana teknologi hibrid, penjimatan minyak dan rekaan menarik yang ada padanya namun Suzuki Swift model terbaru ini mempunyai kekuatan tersendiri sehingga dinobatkan sebagai kereta tahunan RJC.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!