Suzuki

Suzuki SX4 Sedan Facelift

November 19, 2010

Suzuki SX4 sedan facelift (gambar bawah) telah dijumpai di kawasan yang tidak diketahui di China namun pastinya ia berdekatan dengan Guangzhou di mana pameran motor Guangzhou akan diadakan pada 21 hingga 27 Disember depan.

Jika dibandingkan dengan model sekarang (gambar paling atas), banyak perubahan dibuat di bahagian hadapan seperti rekaan gril dan bumper baru, manakala bahagian belakang pula menerima perubahan yang lebih besar iaitu bonet belakang, lampu belakang dan rekaan bumper belakang baru. Belum ada maklumat mengenai perubahan pada enjin atau dalaman model facelift ini dan mungkin Suzuki Malaysia akan melancarkannya tidak lama lagi.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!