Daihatsu, Toyota

Toyota Dan Daihatsu Panggil Balik Model iQ, Passo Dan Boon Di Jepun

November 6, 2010

Toyota dan anak syarikatnya, Daihatsu Motor Corp telah mengumumkan untuk memanggil balik semula 3 model mereka iaitu iQ, Boon dan Passo kerana masalah stereng elektrik yang kehilangan fungsi dan menjadi berat apabila melalui jalan tidak rata.

Menurut Toyota, ianya disebabkan oleh masalah program komputer di mana getaran telah menyebabkan kekacauan pada sistem komputer yang menyebabkan fungsi bantuan elektrik stereng kuasa seterusnya menjadikan stereng menjadi berat. Mereka telahpun mempunyai penyelesaian untuk program ini dan bersedia untuk memprogramkan semula kereta yang terlibat.

Unit yang terlibat untuk model iQ ialah semua unit yang dipasang sehinggan 22 hb 10 dan semua model generasi kedua Boon dan Passo. Mengenai Perodua Myvi yang menggunakan asas Daihatsu Boon, penarik balikan semula ini tidak melibatkan model Myvi kerana model Myvi menggunakan sistem bantuan stereng hidraulik dan bukan bantuan kuasa elektrik.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!