Toyota

Toyota Mark X 2010

November 2, 2010

Toyota Mark X adalah salah satu model sedan paling popular di Jepun seak dahulu lagi dan kini generasi barunya model 2010 telahpun dilancarkan. Ianya ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran Jepun dan beberapa kawasan Asia sahaja.

Model ini akan ditawarkan dengan varian 2 enjin iaitu 2.5l V6 dengan 203hp dan 3.5l V6 dengan 318hp. Keduanya dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuaan dan mempunyai paddle shifter pasangan roda stereng. Pacuan semua roda adalah pilihan untuk varian 2.5liter.

Model baru ini mendapat rekaan yang sedikit agresif berbanding model sebelum ini (gambar atas) pada bahagian depan dan rekaan belakang yang sedikit menyerupai Acura TSX. Toyota juga mengubah rekaan panel instrument dan konsol tengah yang lebih menarik. Harganya pula ialah sekitar 2.5juta yen hingga 3.8juta yen mengikut varian.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!