Toyota

Toyota Yaris 2011= Vios Generasi Baru?

November 20, 2010

Toyota dilihat sedang bersiap sedia untuk melancarkan Toyota Yaris generasi baru dengan rekaan yang lebih solid dan agresif. Rekaan sebegini dilihat lebih menarik berbanding model yang sedang dijual sekarang ini.

Rekaan bumper gril menyerupai Altis dan tingkap hadapan menambah corner glass untuk kurangkan pandangan titik buta ketika mengambil pusingan dan selekoh. Rekaan belakangnya menampilkan bumper yang berlengkuk untuk kelihatan tegap dan lampu belakang yang lebih menarik,

Rekaan dalamannya pula menampilkan perubahan mendadak apabila Yaris yang sebelum ini menampilkan paparan meter cluster di tengah panel instrument telah mengubah pada kedudukan normal iaitu di tempat pemandu. Mungkin ramai yang tidak meminati panel meter di tengah dan oleh sebab itu juga jualan Yaris tidak seberapa memberangsangkan berbanding Honda Fit yang tidak mempunyai panel meter di tengah.

Dengan tersebarnya rekaan Yaris terbaru ini, mungkinkah kita dapat membayangkan rekaan generasi baru model Vios? Seperti semua tahu Vios merupakan versi sedan Yaris atau sebaliknya dan mereka berkongsi rekaan side profile, hadapan dan interior. Apakah Vios baru sudah lagi tidak mempunyai meter di tengah? Sama-sama lah kita tunggu info lebih lanjut dari Toyota.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!