Daihatsu

Daihatsu Lancar Model Baru Move Di Jepun

December 19, 2010

Pengeluar kereta kecil Jepun, Daihatsu Motor Corp telah melancarkan generasi terbaru model Move. Menurut Daihatsu, model ini menggunakan enjin petrol bukan hibrid yang paling menjimatkan.

Move baru ini menggunakan enjin berkuasa 660cc yang menghasilkan 51bhp dan pelepasan karbon pada kadar 64mpg.
Ianya dipadankan dengan fungsi berhenti-jalan dan kotak gear CVT untuk penjimatan maksimum. Berat keseluruhan juga berkurang sebanyak 35kg.

Kereta ini tidaklah secantik Fiat 500 namun ianya begitu praktikal di Jepun yang jalanrayanya penuh sesak dan di mana tanah cukup berharga.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!