Proton

Gambar Spyshots Proton Exora Di Litar Ujian Proton

December 8, 2010

Proton Exora ditemui sedang diuji di litar ujian Proton. Mungkin ia adalah ujian rutin ataupun sedang menguji sesuatu yang baru. Proton telah memberi kenyataan untuk melancarkan Exora dengan enjin turbocharged pada tahun depan jadi kemungkinan besar ini adalah ujian untuk enjin turbo tersebut jika dilihat jenis rim yang digunakan oleh Exora itu. Sebelum itu blog ini juga ada menyiarkan entri mengenai Exora sedang diuji di Genting dengan pelekat ‘Campro CFE dengan CVT’ yang mana kita tahu Campro CFE adalah enjin turbocharged Proton yang dipamerkan di KLIMS sekarang.

Enjin turbocharged Campro CFE memang amat sesuai dengan Exora kerana ianya berkuasa 138hp dan mempunyai 205Nm tork berbanding 125hp dan 150Nm tork untuk model sekarang. Daya tork amat diperlukan untuk bergerak daripada keadaan pegun dan enjin Campro CFE ini boleh menghasilkan tork maksimum seawal 2000rpm. Jadi Exora akan lebih berkuasa dan masa yang diambil untuk bergerak dari 0 hingga 100kmh pasti berkurang.(Gambar fastmotoring.com)

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!