Volkswagen

Gambar Spyshots Volkswagen NMS

December 8, 2010

Volkswagen dilihat akan melancarkan sebuah lagi sedan yang mirip kepada model Jetta dengan saiz yang lebih besar. Dikenali dengan NMS (New Midsize Sedan), ianya memang banyak mengambil elemen styling rekaan untuk model Jetta. Rekaan depan menggunakan trademark baru Volkswagen. Tidak diketahui apa maksud sebenar Volkswagen menghasilkan model ini dan bagaimana hendak membezakan antara Jetta dengan NMS ini.

Volkswagen nampaknya bersungguh-sungguh melancarkan model baru demi untuk mereliasisasikan impian mereka untuk mengatasi jualan Toyota pada tahun 2014. Teknologi Volkswagen memang terbaik sekarang ini dengan terus menerus memenangi pelbagai anugerah di serata dunia namun tidakkah anda perasaan rekaan kereta Volkswagen sekarang sudah kekeringan idea? Apa komen anda.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!