Honda

Honda Insight Dilancarkan Di Malaysia

December 3, 2010

Honda Malaysia telah melancarkan model hibrid terbarunya iaitu model Insight 1.3liter IMA dengan harga RM98,000. Ini menjadikan model Insight hibrid termurah di Malaysia di negara ini selepas sebelum ini dipegang oleh satu lagi model hibrid Honda iaitu Civic yang juga 1.3liter. Model ini diletakkan dibawah Civic kerana saiz motor yang lebih kecil berbanding Civic. Untuk info lanjut sila layari [website] Honda Malaysia.

Selepas bajet 2011 diumumkan, pengeluar Jepun yang sememangnya terkenal dengan model hibrid telah secara agresir memasarkan model-model mereka di pasaran Malaysia. Walaupun harga yang ditawarkan cukup menarik namun kos selepas jualan yang tinggi mungkin menyebabkan pelanggan berfikir dua kali untuk membeli model hibrid. Ini kerana bateri perlu ditukarganti selepas satu jangkamasa dan harga untuk bateri sahaja boleh mencecah berbelas ribu ringgit. Apa komen anda?

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!