Uncategorized

Hyundai Lepasi Paras 500 Ribu Unit di Pasaran Amerika Syarikat

December 15, 2010

Hyundai Motor, buat pertama kali mencatat jualan melebihi 500 ribu unit di Amerika Syarikat selepas 25 tahun bertapak di negara kuasa besar itu. Ini didorong oleh jualan Sonata YF, Tucson dan Santa FE. Kejayaan ini dilihat banyak dibantu oleh strategi Hyundai yang menampilkan rekaan fluidic sculpture pada model-model barunya. Hyundai Avante dan Veloster bakal menaikkan jualan Hyundai lagi apabila penghantaran kepada pembeli sudah dibuat. Teruskan bacaan untuk lebih info dan galeri Hyundai Sonata YF.


Tidak ada kecacatan, begitulah yang boleh dikatakan kepada rekaan model-model baru Hyundai. Sebenarnya, faktor rekaan memainkan peranan penting dalam memenangi hati pembeli dan keputusan Hyundai adalah tepat untuk menggunakan rekaan bertemakan aliran. Sementara saudara mereka iaitu KIA motor pula dilihat lebih kepada rekaan Eropah kerana ketua jururekanya ialah bekas jurureka Audi iaitu Peter Schreyer. KIA sememangnya mempunyai jualan yang agak baik berbanding Hyundai di Eropah dengan model Cee’d mendapat sambutan hangat di sana.

Satu syarikat berlainan rekaan. Hyundai dengan rekaannya tersendiri dan KIA dengan rekaan ala Eropah. Namun, kedua-duanya adalah rekaan. Jika rekaan menarik, pasti ramai yang membeli sesebuah model tersebut. Inilah yang perlu dipelajari oleh pengeluar kereta nasional kita tentang bagaimana untuk mereka cipta kenderaan sebegitu rupa yang dapat menarik pelanggan dari dalam dan luar negara.

Sumber: Autoblog

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!