Hyundai

Hyundai Umum Varian Enjin Untuk Model Gantian Azera

December 6, 2010

Hyundai Motor, pengeluar kenderaan kelima terbesar di dunia telah mengumumkan varian dan sesaran enjin untuk model terbarunya iaitu Hyundai Azera. Model yang diletakkan antara Sonata YF dan Ecuus ini mempunyai rekaan dengan gaya bahasa rekaan Hyundai terkini iaitu bertemakan aliran atau fluidic sculpture. Teruskan bacaan untuk lebih info mengenai model ini.

Untuk pasaran Korea, 2 varian bakal ditawarkan. Enjin 2.7L Mu V6 bakal digantikan dengan enjin suntikan petrol terus GDI 3.0liter dengan kuasa kuda sebanyak 263hp dan tork sebanyak 304Nm. Juga ia bakal mempunyai enjin bersesaran lebih kecil iaitu 2.0l yang menghasilkan kuasa sebanyak 200hp dan 250Nm tork. Satu lagi varian enjin adalah untuk pasaran Amerika Utara iaitu enjin 3.3liter V6 dengan kuasa 286hp dan 304Nm tork dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan. Belum dapat dipastikan model ini akan dibawa oleh Hyundai atau tidak ke Malaysia.

You Might Also Like

No Comments

(Required)
(Required, will not be published)
*
error: Content is protected !!